Latest News
MARKET VALIDATION WORKSHOP FOR BICTA PARTICIPANTS
9 JUNE 2016The Brunei Info-Communications Technology Awards (BICTA) 2016 Working Committee has continued its initiative to organise another series of workshops to assist registered participants of the BICTA competition to prepare and improve their entries for the actual judging.
The second workshop focusing on market validation was organised recently in two (2) sessions at AITI's Seri Kerna Hall. The first session conducted on 1st June 2016 for the School Project Category was facilitated by Dr. Hajah Mona Yati DSLJ Hj Mohd Kassim, CEO of MuBN Training and Mr Ambrose Nathan, Managing Directorof Bizadvize Services Sdn Bhd.
The workshop began with a presentation from Mr Ambrose Nathan on "Why Finance Matters" using a Nasi Katok analogy. This workshop provides the participants with the opportunity to learn and understand basic financial management. Meanwhile, Dr. Hajah Mona Yati shared the "Business Model Canvas" which is a tool to create and analyse business model using (9) building blocks. The registered participants from private and government schools were introduced to a hands-on learning on market validation highlighting the importance of validating products, ensuring product concepts meet the potential target markets, guidance to test, market and sell their products, as well as to gain acceptance and willingness to buy from users.
The second session targeting BICTA 2016 participants from the Tertiary and ICT Industry Category was conducted on 2nd June 2016. It was facilitated by Mr Radi El-Fassed, Head Development of Progresif Cellular Sdn Bhd (PCSB). He spoke about Progresif's startup lab, market validation, crossing the chasm, market sizing, building and evaluating own finance, and financing new venture.
All the participants in both sessions were engaged in group activities to practice the lessons learned. The final series of the BICTA 2016 workshop will cover the topic on Presentation & Pitching Skills. The workshop will be held in July and aims to train participants on effective presentation structure and pitching so they will be equipped with the necessary skills to engage and sell their products to the panel of judges during the Judging session in August this year.
It is hoped that the participants will be able to learn and apply the newly acquired knowledge and skills into their final submissions as well as their studies or professions.
BICTA LAUNCHING 2016
30 March 2016Isnin, 29 Februari 2016 � Majlis Pelancaran bagi Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan..
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan.
Ketibaan Yang Berhormat Menteri Perhubungan di majlis berkenaan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu BICTA 2016. Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari beberapa kementerian lain, Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua Jabatan-Jabatan dibawahnya, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta perwakilan dari institusi pendidikan dan syarikat-syarikat ICT tempatan.
Anugerah ICT Brunei (BICTA) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perhubungan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan Persekutuan Infocom Brunei (IFB). Pertandingan ini bertujuan untuk merangsang inovasi dan kreativiti ICT di kalangan individu, pelajar serta perusahaan tempatan.
Acara BICTA 2016 tahun ini memaparkan Anugerah Penaung Diraja atau Royal Patron Award yang diadakan setiap dua tahun sekali. Trofi Penaung Diraja akan dianugerahkan kepada pemenang keseluruhan terbaik dalam kalangan semua kategori pada Majlis Anugerah BICTA nanti.
Dengan bertemakan �Generasi Digital Berwawasan�, BICTA pada kali ini dibukakan kepada tiga (3) kategori, iaitu:
- Projek Sekolah (School Project) - yang dibukakan kepada individu atau kumpulan projek ICT yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah;
- Projek Pengajian Tinggi (Tertiary Project) - yang dibukakan kepada individu atau kumpulan projek ICT yang terdiri dari penuntut-penuntut institut pengajian tinggi; dan
- Industri ICT (ICT Industry) - yang dibukakan kepada individu, kumpulan atau pengusaha ICT yang berdaftar dalam negara ini.
Di samping itu, empat (4) Anugerah Khas juga turut ditawarkan, iaitu Usahawan Harapan (Promising Entreprenueur), Pemaju Muda (Young Developer), ICT Hijau (Green ICT) dan Teknologi Baru (Emerging Technology).
Diperkenalkan pada tahun 2004, BICTA merupakan landasan bagi individu, pelajar dan syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing di dalam arena ICT dan seterusnya mewakili Negara Brunei Darussalam di pertandingan Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA). BICTA adalah komponen APICTA, iaitu persekutuan organisasi ICT bagi rantau Asia Pasifik yang terdiri daripada 16 ekonomi. APICTA bertujuan untuk membina dan meningkatkan rangkaian kerjasama di dalam mempromosikan ICT, inovasi, keupayaan dan penggunaan ICT serta menggalakkan pembangunan penyelesaian ICT untuk pasaran global.
Pemenang-pemenang BICTA bagi tahun ini akan berpeluang untuk mewakili Negara Brunei Darussalam di pertandingan APICTA yang bakal diadakan pada bulan Disember 2016 di Taiwan. Ekonomi-ekonomi lain yang turut serta dalam APICTA ialah Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan Thailand.
Sejurus selepas majlis pelancaran, Yang Berhormat Menteri Perhubungan dijemput untuk menyaksikan pameran mini produk dan aplikasi ICT yang pernah memenangi BICTA pada tahun lalu.